Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak minuman keras yang disyaki tidak berkastam dan dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu, Sarawak pada Jumaat lalu. Foto JKDM Sarawak

Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.

Pengarahnya Norizan Yahya berkata, rampasan tersebut dilakukan setelah pasukannya menyerbu sebuah premis kosong yang tidak bernombor yang beralamat di Kemena Industrial Est. Comm. Centre Jalan Bintulu-Tatau pada jam 10:05 pagi.

“Kuantiti barang rampasan adalah sebanyak 2,580,000 batang rokok dan 6,147.36 liter minuman keras yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM550,807.75.

“Anggaran jumlah duti dan cukai yang terlibat adalah bernilai RM1,863,976.55,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, tiada individu yang tampil untuk mengaku sebagai pemilik barang tersebut selepas satu jam intipan yang dilakukan.

Tambahnya, tahun ini, JKDM Stesen Bintulu telah mencapai perolehan kes sebanyak 64 kes dengan jumlah keseluruhan nilai dan cukai terlibat sebanyak RM3,092,721.28 tempoh Januari hingga 10 Mei.

“Berbanding Januari hingga Mei 2023, 42 kes direkodkan dengan jumlah keseluruhan nilai dan cukai sebanyak RM1,279,410.59.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 22 kes. Jumlah keseluruhan nilai dan cukai adalah sebanyak RM1,802,264.49,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, jika kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan