Search
Close this search box.
Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan pikap berdekatan Institut Memandu N.B Motors di Kota Samarahan, tengah malam tadi. Foto Bomba

Guru wanita maut kemalangan berhampiran institut memandu di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 22 Mei: Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah pikap berdekatan institut memandu di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mary Peter berusia 53 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kes itu pada 12.20 tengah malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kota Samarahan digerakkan ke lokasi dan setibanya di situ, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah pikap sebuah Perodua Axia.

“Seorang mangsa wanita tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan Axia.

“Pihak bomba kemudian menjalankan operasi menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” kata PGO dalam kenyataan hari ini.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.50 tengah malam dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan