Search
Close this search box.
Hasmadi Sulaiman (kiri) dan Anas Ahmad tidak melepaskan peluang menjadi tukang masak untuk jemaah haji Malaysia. Foto Zen Hashim (TVS)

Chef sanggup tutup kedai, masak untuk jemaah haji Malaysia

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 23 Mei: Demi menyantuni Duyufurrahman (tetamu Allah) sepanjang operasi musim haji tahun ini, dua orang tukang masak yang berkhidmat di Tanah Suci sanggup menutup perniagaan mereka selama 60 hari.

Bagi ketua tukang masak Dapur Retaj, Hasmadi Sulaiman, 47, pengorbanan yang dilakukan itu adalah impian terbesar dalam hidupnya apabila dapat berkhidmat menyediakan masakan untuk jemaah haji Malaysia.

“Pengorbanan yang saya lakukan tentunya meninggalkan keluarga tercinta di tanah air, kemudiannya saya tutup operasi perniagaan saya.

“Tapi saya di sini memang niat untuk berjihad meskipun sebelum ini saya pernah menerima anasir-anasir yang menakutkan, tapi saya di sini niat kena betul dan ikhlas.

“Saya tak takut rugi, rezeki Allah bagi,” katanya ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke tiga premis dapur masakan untuk jemaah malaysia di sini, baru-baru ini.

Lembaga Tabung Haji guna kaedah MRE, bekal sajian jemaah pada operasi Masyair

Hasmadi yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun berkhidmat sebagai chef di hotel berkata, dipilih untuk berkhidmat sebagai petugas masakan untuk tahun pertama ini sememangnya satu perkara yang amat memberi kesan terhadap dirinya.

“Saya dapat iklan daripada kawan-kawan saya, kemudianya saya memohon untuk mendapatkan pekerjaan ini dan telah dipanggil untuk sesi temuduga.

“Tahun sebelum ini pun saya pernah memohon tapi mungkin tak dijemput lagi pada ketika itu dan tahun ini saya cuba lagi, alhamdulilah saya dipilih,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu bagi ketua tukang masak dapur Al Wafa, Anas Ahmad, 35, berkata peluang menyantuni tetamu Allah SWT lebih besar nilai ganjaran berbanding keuntungan hasil perniagaan makanan yang dijalankan olehnya.

Malah katanya peluang untuk berkhidmat kepada jemaah haji yang merupakan penghargaan dan kesempatan yang tidak boleh ditolak sama sekali.

“Saya membuat keputuan untuk datang berkhidmat di Mekah kali kedua kerana jemaah haji ini ‘tetamu kenamaan’  yang dijemput Allah SWT.

“Apa yang saya mampu berikan ialah dengan menyalurkan sumbangan menerusi kemahiran dan tenaga saya. Kalau nak sedekah wang ringgit untuk semua 31,600 jemaah haji saya tidak mampu.

“Saya ada kemahiran dan tenaga yang boleh disumbangkan kepada jemaah haji Malaysia, ” katanya.

Lembaga Tabung Haji tanggung SAR30 juta kos makanan sepanjang musim haji

Setiap syarikat yang terdiri daripada lapan pengendali makanan mempunyai dua tukang masak dari Malaysia dengan dibantu pekerja yang dilantik pihak katering.

Mereka akan menyediakan makanan sebanyak 4,500 pek dalam satu-satu masa bersama beberapa pembantu dan tukang masak lain sebaik menerima keseluruhan 31,600 jemaah haji tidak lama lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan