Search
Close this search box.
Jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di Bintulu telah disita sebagai bahan bukti. Foto JTS

JTS Sarawak sita 17 jentera berat pindah batuan tanpa kebenaran di Bintulu

ByMarzella Sigai

BINTULU, 23 Mei: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan di sini, kelmarin.

JTS berkata, menerusi operasi khas yang dilancarkan, agensi itu menyita sebanyak 17 buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

“Aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81),” ujar JTS menerusi kenyataan media.

Menurut JTS, sebarang aktiviti pergorekan atau pemindahan bahan batuan tanpa lesen dikeluarkan pihaknya merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Susulan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti berkenaan kepada JTS melalui talian 082- 374555 (Ibu Pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui lama sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan