Search
Close this search box.
Penganjuran Larian Senyap 4.0 Kuching oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf). Foto TVS

SSDeaf anjur Larian Senyap 4.0 di Kuching dan Miri

KUCHING, 23 Mei: Seramai 1,500 peserta dijangka menyertai Larian Senyap 4.0 Kuching anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf) pada 24 November 2024 depan.

Penyelaras Bersama Program Larian Senyap 4.0 Kuching, Ryan Jii berkata larian itu bakal menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menyokong SSDeaf dalam bidang sukan selain mengutip dana bagi persatuan itu.

“Hasil kutipan daripada larian itu nanti akan digunakan bagi menanggung kos operasi termasuk menghantar atlet di bawah kelolaan SSDeaf menyertai pertandingan sukan,” katanya pada sidang media Program Larian Senyap 4.0 Kuching di Kuching pada Khamis.

Menurut Ryan, dana yang terkumpul kelak merupakan inisiatif pihaknya membudayakan sukan dalam kalangan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum dan motivasi yang tinggi.

“SSDeaf menganjurkan saranan ini bukan setakat bagi mengumpul dana tapi juga memberikan peluang kepada mereka memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya mereka boleh menyumbangan dana untuk operasi mereka.

“Ia terutama untuk menghantar atlet yang di bawah SSDeaf kepada pelbagai acara kesukanan sebab kita nak kemampanan kelestarian bukan untuk sekali sahaja tapi kita boleh menghantar dua tiga kali,” ujarnya.

Ryan menambah larian serupa akan diadakan di Marina Parkcity Miri pada 8 September 2024 dengan sasaran penyertaan seramai 1,500 peserta.

Terdahulu, pihak SSDeaf telah berjaya melaksanakan Program Larian Senyap 4.0 Sibu yang diadakan di Sibu Town Square pada 5 Mei 2024 dengan penyertaan seramai 649 peserta iaitu melepasi sasaran asal; 500 peserta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found