Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) SEDCE bersama Lotte Chemical, Samsung E&A dan Korean National Oil Company (KNOC)di Seoul, Korea Selatan, semalam. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS).

Sarawak perlu bergerak pantas penuhi permintaan tenaga hijau – Abang Johari

ByNajib Imran

SEOUL, 23 Mei: Sarawak perlu bergerak pantas bagi memenuhi permintaan tenaga hijau global berdasarkan kekayaan dan potensi sumber dimiliki, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, berikutan isu pemanasan global dan seiring dengan deklarasi Perjanjian Paris yang menetapkan peningkatan suhu dunia harus berada di bawah 1.5 peratus , Sarawak juga tiada pilihan dan perlu beralih kepada sektor berkenaan.

Dalam soal ini jelas beliau, tenaga hidrogren merupakan yang paling bersih.

“Sarawak di sebalik memiliki sumber alam, (kami) turut dikejutkan dengan kepantasan industri tenaga hijau dan perlu memenuhi permintaan dan mencari penyelesaian segera.

“(Oleh itu) Sarawak perlu terus bergerak ke hadapan dan saya menetapkan Sarawak akan menghasilkan 10¬†gigawatt (GW) bekalan tenaga.

“(Ini) bermakna Sarawak akan mempunyai lebihan tenaga yang boleh dieksport kepada negara-negara yang berminat,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sesi taklimat bersama pelabur-pelabur Korea Selatan bagi projek Sarawak New Energy Hub(SNEH) sempena lawatan kerja rasmi beliau di negara ini.

Sarawak pembekal tunggal gas hidrogen, ammonia kepada Korea Selatan

Turut mengiringi Abang Johari ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Abdullah Zaidel.

Sementara itu Abang Johari memaklumkan, beliau telah berbincang dengan Menteri Pelaburan, Perindustrian dan Tenaga Korea Selatan berkenaan perimeter undang-undang perdagangan hidrogen, ammonia dan dagangan karbon.

Menyentuh berkenaan Net Zero Carbon 2050 yang menyasarkan sasaran sifar karbon, Abang Johari berkata, Sarawak kini beroperasi dengan 70 peratus pejanaan tenaga berasaskan sumber hidro.

Abang Johari menghadiri taklimat projek Sarawak New Energy Hub dan H2biscus di Seoul

“Ini bermakna Sarawak berada pada tahap negatif sifar,” katanya.

Abang Johari menambah, negara-negara Eropah turut berminat untuk melabur di Sarawak dan tenaga berkenaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan