Search
Close this search box.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada sidang media berhubung status terkini kumpulan baki 56 jemaah haji Malaysia itu. Foto Zen Hashim (TVS)

Saudi Airlines atur khas penerbangan semula 56 jemaah haji KT043

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 24 Mei: Syarikat penerbangan Saudia Airlines mengatur khas penerbangan semula baki 56 bakal jemaah haji Malaysia dari kumpulan penerbangan KT043 yang sepatutnya berlepas pada 23 Mei lepas.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kesemua 56 bakal jemaah termasuk dua orang petugas dijadualkan berlepas dengan penerbangan Saudi Airlines seterusnya pada 24 Mei, jam 5:35 petang (waktu Malaysia).

Saudi Airlines atur khas penerbangan semula 56 jemaah haji KT043 | TVS

“Penerbangan ini akan membawa para jemaah haji ke lapangan terbang di Jeddah. Mereka dijadual sampai pada 9.25 malam ini.

“Penerbangan ini akan membawa 56 jemaah haji berserta dua petugas haji untuk berada bersama dengan jemaah haji dalam perjalanan mereka sehingga mereka sampai ke Madinah.

“Penerbangan mereka dari Kuala Lumpur akan tiba di Jeddah dan setelah itu hanya dalam tempoh dua jam menunggu transit mereka akan menaiki penerbangan yang diatur khas oleh pihak Saudia Airlines untuk berlepas pada 11.25 malam ke Madinah dan insya-Allah akan tiba di Madinah pada jam 12.35 pagi 25 Mei,” kata Syed Saleh pada sidang media.

Pada Khamis Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan terdapat perubahan jadual penerbangan bagi 56 orang bakal haji dari kumpulan penerbangan KT043.

Pesawat Saudi Airlines SV5091 yang dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 23 Mei jam 6.30 pagi dengan muatan seramai 353 orang dari balai pelepasan Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang dilaporkan mengalami masalah teknikal.

Lantaran itu, sebuah pesawat gantian diterbangkan ke KLIA untuk membawa 297 bakal haji dari kumpulan jemaah berkenaan dan berlepas dari KLIA pada hari yang sama pada jam 10.36 pagi menuju ke Madinah.

Dalam pada itu TH memberi jaminan penjadualan semula penerbangan kumpulan kecil bakal haji ini tidak menjejaskan jadual penerbangan bagi kumpulan bakal haji yang lain dan akan berjalan seperti biasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan