Search
Close this search box.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Foto Zen Hashim (TVS)

TH sambut baik, anggap usul bina terminal khas kesinambungan Makkah Route

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 24 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik usul yang dibawakan Kementerian Pengangkutan berhubung usaha membina satu terminal khas untuk pengurusan haji dan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ia merupakan kesinambungan kepada projek ‘Makkah Route’ yang telah diperkenalkan sejak dahulu lagi dan telah dinikmati oleh jemaah haji Malaysia sejak tahun 2017.

TH sambut baik usul bina terminal khas kesinambungan Makkah Route | TVS

“Tabung Haji menyambut baik sebarang usaha dalam menambahbaik perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji negara kita, termasuklah dalam memabntu jemaah umrah.

“Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat perbincangan Kementerian Pengangkutan, kementerian Pelancongan serta agensi-agensi lain, termasuklah Tabung Haji sendiri,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berhubung usul pembinaan terminal khas itu.

Syed Saleh berkata demikian pada sidang media mingguan bersama Ketua Rombongan Haji di Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah, hari ini.

Katanya menerusi projek Makkah Route, ia membolehkan jemaah haji Malaysia melakukan pemeriksaan imigresen Arab Saudi ketika berada di tanah air lagi.

“Ini telah dilakukan pada tahun 2017 kepada jemaah haji kita sehinggalah ke tahun ini.

“Usul Kementerian Pengangkutan untuk membina terminal khas boleh disifatkan sebagai projek hab sambungan daripada kemudahan yang telah dinikmati selama ini,’ katanya lagi.

Terdahulu pada Rabu, Anthony Loke telah menerima undangan Kerajaan Arab Saudi bagi menghadiri Future Aviation Forum. Dalam perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan Arab Saudi, beliau telah membangkitkan usaha untuk mendirikan satu terminal khas bagi pengurusan haji dan umrah di KLIA.

“Ia dapat membantu penerbangan-penerbangan yang datang ke Jeddah atau tempat-tempat lain di Arab Saudi dapat dilaksanakan di mana pelepasan imigresen Arab Saudi dapat dibuat di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Tanah Suci.

“Selain daripada urusan haji, kami harap pelepasan imigresen Saudi dapat diperluaskan kepada umrah sepanjang tahun.

“Perkara ini akan disusuli dan kita berharap dapat direalisasikan dalam kadar segera,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan