Search
Close this search box.
Mayat lelaki yang hilang ketika keluar memasang pukat ikan di Rumah Daniel, Nanggar Annau, Tatau, Bintulu Jumaat lalu dijumpai hari ini. Foto Bomba

Mayat lelaki hilang ketika pasang pukat ditemui tidak sempurna

BINTULU, 25 Mei: Mayat lelaki yang hilang ketika keluar memasang pukat di Rumah Daniel, Nanggar Annau, Tatau, di sini, Jumaat lalu ditemui dalam keadaan tidak sempurna hari ini.

Mayat Nicholas Daniel,38, ditemui tanpa beberapa bahagian anggota badan selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat dijumpai kira-kira lapan kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada jam 1.41 tengah hari tadi di sungai yang sama, berdekatan kebun bapa mangsa.

“Pihak bomba bersama pasukan SAR ke lokasi yang dimaklumkan mengambil mayat mangsa untuk dibawa jeti PKB.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lalu, mangsa keluar dari rumah untuk memasang pukat di kawasan sungai Annau Tatau dengan menggunakan sebuah perahu sekitar jam 5 petang.

Seorang saksi Belaja Muriat telah menjumpai perahu yang digunakan oleh mangsa tetapi tidak menjumpai mangsa di dalam perahu tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan