Search
Close this search box.
Ini adalah insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu. Foto, AFP.

Resolusi gencatan senjata PBB lewat, tetapi penting – Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 11 Jun: Walaupun penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk cadangan gencatan senjata tiga fasa sudah lewat,  Kementerian Luar  Indonesia pada Selasa menyatakan bahawa  ia adalah langkah penting untuk menghentikan tindakan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin, lapor Xinhua.

“Penerimaan Resolusi UNSC 2735 (2024) mengenai cadangan gencatan senjata tiga fasa adalah langkah yang sudah lama tertangguh tetapi penting untuk menghentikan kekejaman yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan mencapai gencatan senjata segera dan kekal di Gaza,” kata kementerian itu di akaun rasmi X.

Indonesia menggesa semua pihak supaya segera mencapai resolusi untuk memastikan pengakhiran permusuhan secara kekal dan menyediakan bantuan segera kepada rakyat Palestin.

Selain itu, Indonesia menyeru semua pihak untuk membuka ruang bagi  penubuhan  dua negara sebagai jalan penyelesaian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan