Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

RM1 bilion bina sistem pengairan penanaman padi berskala besar

KUCHING, 11 Jun: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1 bilion bagi membangunkan sistem pengairan mampan untuk projek penanaman padi berskala besar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem pengairan yang sempurna amat penting bagi menyokong sasaran pengeluaran 200,000 tan metrik beras setiap tahun.

RM1 bilion bangun infrastruktur pengairan projek penanaman padi | TVS

“RM500 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak (MFICORD) Sarawak untuk melaksanakan sistem pengairan tahun depan.

“Setengah bilion lagi akan diperuntukkan untuk 2026. Kita mesti bekerja keras untuk menjana pendapatan bagi Sarawak supaya boleh disalurkan semula kepada rakyat,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata, teknologi tangki bertingkat dan pam hidro akan dibina di Stumbin, Sri Aman.

Jelasnya, satu eksperimen turut dijalankan bagi tujuan tersebut.

“Kalau padi memanglah banyak menggunakan air, kerana Sarawak banyak air, bermakna kita gunakan air ini untuk mengeluarkan tenaga elektrik.

“Air itu boleh digunakan untuk pengairan. Dalam erti kata lain, ia bersepadu di samping boleh mengeluarkan tenaga elektrik untuk kegunaan orang kampung,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan