Peserta akan bertarung dengan gigih untuk mengelakkan menjadi kumpulan tercorot dan dikenakan penalti terakhir. Cabaran terakhir menanti mereka, sebuah permainan berenang yang paling sukar di mana kekuatan dan ketahanan peserta diuji ketika mereka berusaha untuk mencapai tengah-tengah kolam renang dalam masa yang sangat terhad.
Kali ini, empat tetamu undangan yang menarik akan menyertai pengacara tetap dengan latar belakang yang pelbagai di Pusat Akuatik Pandalela Rinong.
Namun, pengacara tetap memiliki misi tersembunyi dan harus menjaga rahsia mereka dengan baik daripada pengetahuan tetamu undangan. Jika mereka gagal menyimpan rahsia, hukuman menanti semua pengacara tetap!
Cabaran-cabaran menarik yang akan menguji stamina dan ketangkasan semua ahli kumpulan. Salah satu cabaran yang menarik ialah 4X100 meter berhalangan dengan twist yang unik! Setiap stesen akan menawarkan halangan yang berbeza, dan hanya kumpulan yang berjaya menyelesaikan semua halangan akan menjadi pemenang.
Kali ini, dua atlet bina badan kebangsaan, Dr. Malvern dan Buda Anchah, akan bergabung dengan pengacara tetap dalam cabaran menarik di Stadium Negeri. Episod ini tidak hanya menguji kekuatan fizikal peserta, tetapi juga semangat kerjasama antara ahli pasukan untuk menyelesaikan semua aktiviti yang menanti mereka.
Peserta akan diuji dengan cabaran baru yang menarik! Kali ini, mereka akan membantu pemilik kedai berniaga di Pasar Malam Metrocity. Bagaimana mereka akan menjual makanan dan minuman kepada pelanggan? Kumpulan yang berjaya mendapatkan hasil jualan paling laris akan menerima token, manakala kumpulan yang gagal akan dikenakan penalti.
Cabaran kali ini mempunyai konsep yang berbeza dari episod-episod sebelumnya, di mana pengacara tetap dan tetamu undangan akan berhadapan dengan cabaran di Pasar Malam Metrocity yang dipenuhi dengan khayalak ramai.
Jom saksikan episod terkini Acak Ilak! Dalam episod ke-7 kali ini, peserta-peserta akan menghadapi cabaran mencari benda di kawasan yang luas! Betapa sukarnya tugas ini!
Acak Ilak kembali dengan episod yang mengujakan, kali ini menampilkan seorang personaliti TV dan pelakon lelaki terkenal dari Sarawak. Bersama dengan para pengacara tetap, mereka akan menghadapi serangkaian cabaran yang menguji kefahaman dan kekuatan mereka dalam melaksanakan misi yang diberikan.
Saksikan ketangkasan dan kreativiti mereka dalam menghadapi cabaran yang serba baru dalam episod menarik ini.
Peserta-peserta akan menghadapi cabaran tradisional seperti menyumpit dan melastik untuk mencari tahu siapakah pencuri sebenar di kalangan mereka. Stamina yang tinggi diperlukan kerana cabaran-cabaran ini akan menguji kekuatan fizikal mereka.
Acak Ilak Episod 4 kembali dengan tetamu undangan yang hebat iaitu Michael, seorang usahawan automotif dan Nur Alya Mona, usahawan produk makanan.
Misi minggu ini ialah untuk mengesan dan menangkap pencuri dari salah seorang peserta.
Jangan lepaskan Acak Ilak Episod 3 yang akan memberikan cabaran lebih mencabar kepada peserta untuk menguji kerjasama antara mereka.
Siapa kumpulan yang akan menang? Dan siapakah yang akan dikenakan penalti di akhir episod?
Saksikan Acak Ilak Episode 2 di mana para peserta berkumpul di Civic Center, Kuching dan bertemu dengan tiga tetamu hebat iaitu Rozzie Mila, Karen Libau dan Melissa Francis.
Dalam Kuiz Pantas, peserta diberi peluang untuk menambah gula-gula dengan menjawab soalan matematik dalam masa 5 saat. Di Permata Pugu Camping Site, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan berentap dalam permainan Petak Nasib dan Ragbi Rona.
Dalam episod pertama, para peserta akan bermain permainan menarik di D’Virtual Park, Kota Samarahan. Siapa yang akan tersingkir dan siapa yang akan menang?
Jangan lupa, peserta yang kalah akan didenda dengan solekan paling hodoh! Siapa yang akan menang perlumbaan kereta di alam maya?
Saksikan Episod penuh Acak Ilak di Youtube TVS Entertainemnt Setiap Isnin, Selasa dan Rabu, 1 Petang.