Helina cuba mempertahankan haknya keatas syarikat, dan dia semakin berdendam dengan Jasmin. Hubungan mereka semakin tidak baik. Jasmin dan Maliq masih mengingati diantara satu sama lain.Jasmin tertarik dengan novel “Ajaib” yang ditemuinya di kedai buku yang ditulis oleh penulis dengan nama pena “Putera Impian”.
Jasmin yakin bukti konspirasi Helina dan Kabir ada dalam rumah Datuk Mansor. Dia semakin yakin Maliq benar- benar wujud apabila Janna memberitahu ada seorang pemuda bernama Maliq mencarinya ketika dia koma.
Jasmin cuba mencari bukti tentang jenayah Helina. Pada masa sama, dia terganggu memikirkan pemuda yang datang di alam komanya. Maliq didatangi oleh Amira, bekas kekasihnya yang mahu menyambung cinta.
Helina semakin bimbang apabila mendengar berita yang Jasmin semakin menunjukkan perubahan untuk pulih. Sandra dan Janna terus berusaha untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk memulihkan Jasmin.
Jasmin salah sangka dan cemburu apabila dia terlihat pertemuan Maliq dan Amira. Jasmin juga diganggu oleh novel blogger berikutan novel terbaru Maliq yang mengisahkan pertemuannya dengan Maliq.
Percintaan Maliq dan Jasmin berterusan di ‘dunia lain’ tapi Maliq juga berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang Jasmin di alam realiti. Janna menghadapi banyak cabaran dalam menggalas tugasnya di Mansur Holdings apabila berlaku kemalangan jiwa di salah satu projek syarikat. Helina pula masih berusaha untuk mendapatkan syarikat.
Janna mula curiga dengan Jeffri dan kegiatan nya dalam syarikat. Namun, dia tidak punya bukti untuk menuduh. Maliq mula bimbang jika dia tidak dapat lagi bertemu semula dengan Jasmin.
Helina dan Kabir sudah mula menunjukkan hubungan mereka secara terang-terangan. Janna pula tidak dapat menerima yang punca kemalangan yang menimpa Jasmin adalah disebabkan kerosakan brek, dan dia cuba mencari bukti ada unsur sabotaj dan khianat dalam kemalangan itu.
Datuk Mansur mengetahui hubungan sulit antara Helina, Kabir, dan Jasmin sebelum meninggal. Jasmin menaruh curiga terhadap hubungan Datuk Mansur dengan mereka.
Dia bersahabat dengan Maliq dan menceritakan masalahnya, yakin Maliq bisa membantu mengungkap konspirasi. Maliq, meski bingung dengan mimpinya, setuju membantu Jasmin.
Datuk Mansur-Helina bercelah. Jasmin koma selepas kemalangan. Helina incar Mansur Holdings, terkejut Janan dipilih. Helina-Kabir gelisah, Jasmin masih hidup. Jasmin koma mimpi tentang pertengkaran, curiga pada Helina-Kabir. Maliq keliru mimpi berulang.
Maliq buntu dalam mencari idea untuk novel terbarunya setelah mengetahui tentang kecurangan Amira. Sementara itu, Jeffri berusaha menawan hati Jasmin. Jasmin merasa gelisah ketika merasa diikuti seseorang dan yakin ada yang ingin membunuhnya.
Helina berjuang untuk haknya sementara kekasih Maliq curang. Jasmin merasa diganggu dan hampir terlibat dalam kemalangan, tetapi enggan melaporkannya. Jeffri cuba menarik hati Jasmin dan akhirnya berjaya. Pertemuan tak terduga antara Maliq dan Jasmin menghasilkan salah faham. Maliq akhirnya tahu Amira curang dan ingin meninggalkannya.
‘Dunia koma’ Jasmin dan ‘mimpi’ Maliq mempertemukan kedua-duanya dalam satu dunia lain, yang akhirnya membuatkan mereka menjalinkan cinta. Dalam dunia itu juga, Jasmin dan Maliq sama-sama mencari penyelesaian dan bukti pembabitan Helina, ibu tiri Jasmin dan Kabir, kekasih Helina dalam kematian Datuk Mansur, ayah Jasmin. Pertemuan di dunia fantasi, akhirnya menyatukan Jasmin dan Maliq di dunia realiti.