Untuk menghasilkan sesuatu perniagaan, laman web sangat penting. Maka, Hustle Hasil bawakan SARAMEDIA syarikat yang menghasilkan laman web, sistem dan latihan kepada usahawan khususnya kepada usahawan luar bandar.
Bersama pengacara Arabyrd menemubual Pengarah MDF Global Sdn Bhd yang mengeluarkan produk D’Mambu. Syarikat ini berjaya mengeluarkan produk hiliran berasaskan bahan pertanian negeri Sarawak.
Apa yang ada di Serian? Hustle Hasil edisi Mintred bawakan seorang usahawan yang berjaya mengubahsuai sebuah kraftangan tradisional kepada rekabentuk yang lebih kontemporari untuk pasaran antarabangsa. Syarikat Fatimah Amin ada perinciannya dalam Hustle Hasil!
Hustle Hasil Edisi Mintred bawakan penonton bagaimana sepasang suami isteri memulakan perniagaan mereka dari bawah. Apa yang menariknya, produk yang dihasilkan iaitu Gigit Rangup kini sudah terkenal dan diminati ramai!
Kali ini, Hustle Hasil edisi Mintred berada di Sibu untuk berjumpa dengan usahawan produk tulen Sarawak yang memproses makanan di kilangnya sendiri. Mr Chew turut berkongsi mengenai buah Dabai yang digunakan dalam penghasilan produknya.
Krew Hustle Hasil berada di Bintulu untuk berjumpa dengan seorang usahawan industri makanan kering. Khabarnya wirawati ini telah berniaga selama 30 tahun!
Sarawak sangat kaya dengan hasil bumi dan antaranya ialah beras. Episod kali ini, krew Hustle Hasil edisi Mintred melawat kilang yang mengutip beras di setiap daerah Sarawak untuk dikomersilkan. Nak tahu apa yang menarik di situ? Jom tonton Hustle Hasil!
Yang menarik kali ini, Hustle Hasil edisi Mintred membawa penonton untuk mengenali seorang usahawan iaitu Kak Ros, pengurus Permata Bumi Enterprise yang meneruskan legasi perniagaan keluarganya.
Episod kali ini bersama pengacara Arabyrd membawa penonton ke Demak, Kuching Sarawak untuk mendekati kraf pembuatan seramik dan aksesori manik tempatan. Dengan kerjasama MINTRED, Puan Ina berhasil mengangkat kraf pembuatan seramik dan manik ke peringkat yang lebih tinggi.
Episod Hustle Hasil edisi Mintred, kali ini pengacara Arabyrd membawa penonton ke Kapit, untuk sama-sama mengenali Puan Drothy James Chayak @ Mimie James serta perniagaan beliau dalam penghasilan busana dan aksesori tradisional iban dengan sentuhan kontemporari.