Kemunculan Raja No 2 bakal mengegarkan kaca tv anda, hanya eksklusif di Pemerindang Borneo musim ke 2.
Mari berhibur bersama Florence Lo di kaca tv anda, ikuti kisah lucu artis-artis Borneo hanya eksklusif di Pemerindang Borneo musim ke 2.
Timothy kini kembali menyinari kaca tv untuk menghiburkan peminat yang rindu, eksklusif hanya di Pemerindang Borneo musim ke 2.
Juara pertandingan Merdeka Rama pada tahun 1992, Linda merupakan artis pertama naungan Luh Production yang turut menerbitkan album pertamanya iaitu Pengidup Bujang Enggau Dara. Saksikan Linda berkongsi pengalamannya berkecimpung dalam industri muzik di usia yang sangat muda
Super Rookie Phoebe Chloe bakal mengegarkan kaca TV anda Ahad ini dengan lagu popular nya ‘Nuan Limpang Muai Penepan’ yang mendapat 5 juta tontonan hanya dalam 1 tahun penerbitan. Eksklusif hanya di Pemerindang Borneo musim ke 2.
Seorang Guru, Pensyarah & Artis, Penyanyi Lagenda Richmond Allan suatu ketika dahulu popular dan masih dengan stail Rock’n Roll dalam persembahan Pemerindang Borneo Musim ke 2 minggu ini.
Dabra Sia satu-satunya penyanyi asal dari Sabah merupakan anak kacukan Sabah & Sarawak yang berjaya dijemput ke pentas Pemerindang Borneo S2. Lagu muzik videonya ‘Hanya Di Sabah’ berjaya mengutip tontonan sebanyak 2.3M di laman sosial media. Saksikan temu bual eksklusif Dabra Sia hanya di Pemerindang Borneo Musim ke 2.
Juara Lagu Ensiban bagi Carta Sapa Juara RTM 2023, termasuk Juara Tua Ditemuka Petara & Puntan. Penyanyi anak kelahiran Kapit dan popular di Malaysia bakal menghiburkan anda pada Ahad ini. Jum berhibur menyaksikan persembahan Ramles Walter di Pemerindang Borneo S2.
Urai Rosiana lebih dikenali dengan gelaran ‘Mommy Rock’ merupakan satu-satunya penyanyi bangsa Kenyah yang ditampilkan di Pemerindang Borneo S2.
Fenomena lagu legend ‘Kampung Love’ yang diterbitkan dalam dwibahasa Bidayuh & Iban kekal menjadi siulan peminat muzik band Bidayuh Acid Rain. Saksikan persembahan legend Acid Rain di Pemerindang Borneo S2.
Masih ingatkah anda pada lagu popular ‘Tusah Belaki Nguai’ yang sering berkumandang di corong radio tahun 90an? Penyanyi lagu tersebut, Swayline merupakan artis Iban yang pertama berjaya merakam video muzik di negara China. Kini Pemerindang Borneo musim ke 2 berjaya menampilkan Swaylin
Popular dengan single “Rangkang Patah Tusur Tanah” dan “Bila Bedega Ganti Senggang”, Steve Sheegan akan menghiburkan anda pada episod Pemerindang Borneo Siri kedua minggu Ini. Mari mengenali lebih mendalam penyanyi kelahiran Simanggang dan sepanjang karier Steve di Industri Musik kita
Terkenal dengan lagu ‘Makin Sari Makin Benchi’ & ‘Mengkang Dalam Ati’, Jessica Remaya bakal menghiburkan penonton dan berkongsi perjalanan karier mereka sebagai penggiat seni dalam episod minggu ini. Teruskan menonton Pemerindang Borneo setiap Ahad.
Digelar sebagai ‘Tomok Sarawak’ lagu ‘Danji Sungai Lemanak’ pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu. Pemerindang Borneo musim baharu berjaya menampilkan Hailey Robson Banyang eksklusif hanya di TVS 122. 🎙🎤
Pemerindang Borneo musim baharu kini kembali menyinari di laman media sosial anda! Jangan lepaskan peluang menyaksikan Winnie Albert mendendangkan dua buah lagu terbaru hanya eksklusif di TVS Entertainment. 🎙🎤
Pemerindang Borneo musim baharu kini kembali menyinari di laman media sosial anda! Jangan lepaskan peluang menyaksikan Winnie Albert mendendangkan dua buah lagu terbaru hanya eksklusif di TVS Entertainment. 🎙🎤