Sekolah Menengah Tebedu, Serian tok adalah sekolah yang terletak di sempadan kalimantan Indonesia. Siapa sangka, sekolah ini telah melahirkan Chempiyen yang telah mengharumkan negeri Sarawak. Mereka yang berkecimpung dalam bidang Animasi baru sahaja berusia 14 tahun, Macgres Sawet & Nabiatul Dania Zulfakat Mohd Zulfadhli, mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah di Festival de Cinema Escola de Alvorada’ (FECEA), Brazil.
SMK Green Road bukan sahaja terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dalam akademik, malah sekolah ini juga antara sekolah yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum. Sekolah ini mempunyai satu pasukan yang baik dalam sukan Softball. Nama untuk pasukan tersebut adalah Hornets Softball. Harapan sekolah ini adalah ingin mejadikan sukan softball ini sebagai sukan pilihan pelajar dan membawa nama Sarawak sebagai chempiyen dalam Softball.
SMK Green Road adalah antara yang tersenarai sebagai sekolah yang melahirkan ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang baik di peringkat negeri Sarawak mahupun di peringkat kebangsaan. Kali ini kita bawakan Chempiyen yang memperolehi keputusan 11A peringkat negeri Sarawak untuk tahun 2021.
Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg adalah antara sekolah yang sangat aktif dalam bidang tarian. Pencapaian yang tertinggi adalah apabila sekolah ini berjaya membawa pelajar – pelajar ke Rusia dan Indonesia, dan mejadikan sekolah ini adalah atara yang terbaik dalam memupuk minat pelajar untuk mengikuti program- program kesenian.
SK Rakyat telah membuktikan di peringkat sekolah rendah juga boleh mengharumkan nama Negeri Sarawak dimana tiga pasukan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat mengharumkan nama Sarawak setelah berjaya memenangi dua anugerah di Pertandingan MakeX Spark Peringkat Kebangsaan 2021 yang bertemakan “Code for Health” “
SMK Chung Hua Miri adalah antara sekolah yang banyak melahirkan pelajar yang cemerlang. Episod kali ini kita bawakan pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dan berjaya memperolehi 10 A dan menjadi pelajar yang cemerlang SPM 2021 peringkat negeri Sarawak.
SMK ST Joseph terkenal dengan pancaragam sekolah. Sekolah tersebut sering melakar nama di peringkat antarabanga dalam pertandingan pancaragam, Salah satu kejayaan sekolah tersebut adalah mereka telah membanggakan nama Sarawak & Malaysia atas kejayaan mereka di tempat ke-2 dalam European Championship Cup 2019 di German
Sekolah Kebangsaan (SK) Bruit melakar sejarah apabila merangkul johan Emas Pertama Keseluruhan Inovasi Kebangsaan 2019, melalui kejayaan mereka menghasilkan Buku Sains IT (ITSB). Tambah manis apabila sekolah pendalaman yang terletak di utara Pulau Bruit ini tampil mengejutkan apabila mampu mengenepikan cabaran sebanyak 130 penyertaan pasukan lain dari seluruh Malaysia”
SMK Baru Bintulu adalah antara sekolah di Sarawak yang sangat aktif dalam unit beruniform. Sekolah ini juga mempunyai Badan Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan. Sekolah ini juga telah menjadi Naib juara Video Sorakan Badan Beruniform Outpost kategori GO Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak .
SMK Jalan Arang dinobatkan sebagai juara MakeX International Robot Competition sekaligus telah mengharumkan nama negara. Satu pencapaian yang membanggakan apabila sekumpulan pelajar dari Sarawak telah menjuarai pertandingan robotik
Kumpulan Tborneo yang diwakili oleh Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen, dan Allycia Nanu Bong dari SMK Riam, Miri telah memenangi pingat emas World Inventors Association (WIA) serta anugerah khas untuk ciptaan perasa semulajadi dalam bentuk serbuk dan kiub berasaskan daun tubu (Pycnarrhena tametacta) sebagai pengganti MSG. Selain itu, guru-guru pengiring yang terdiri daripada Forinna Rosini Lanity, Law Sie Siek, dan Enjila Ales juga turut menerima anugerah CIGIF Teacher Achievement Award. Pencapaian anak Sarawak di peringkat antarabangsa ini cukup mengagumkan kerana mereka telah berjaya mengalahkan sebanyak 70 buah kumpulan daripada 12 buah negara yang bertanding seperti Kanada, Korea, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, dan Indonesia pada peringkat akhir
Sekolah kitak champiyen sik?🏫
‘Sekolah Kamek Nang Champiyen’ program menarik di TVS yang memaparkan kejayaan – kejayaan di Sarawak dari segi akademik, sukan, inovasi dan lain lain dan mengangkat nama Sarawak ke peringkat antarabangsa.
Sekolah kitak champiyen sik?🏫
‘Sekolah Kamek Nang Champiyen’ program menarik di TVS yang memaparkan kejayaan – kejayaan di Sarawak dari segi akademik, sukan, inovasi dan lain lain dan mengangkat nama Sarawak ke peringkat antarabangsa.