Search
Close this search box.
Program Rindok Ati Media Bersama Komuniti Petra Jaya dapat memperkukuhkan lagi hubungan media dan masyarakat. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Program Rindok Ati memperkukuhkan hubungan media dan masyarakat

KUCHING, 10 Okt: Program Rindok Ati Media Bersama Komuniti Petra Jaya dapat memperkukuhkan lagi hubungan pengamal media dan masyarakat, kata Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong berkata hubungan erat media dan masyarakat dapat membantu menyebarkan maklumat dengan tepat dan segera.

Masyarakat perlu mendapatkan maklumat betul melalui sumber boleh dipercayai dan menjadi tanggungjawab pengamal media untuk mendengar pandangan dan keluh resah daripada rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program ‘Rindok Ati’ Media Bersama Komuniti Petra Jaya anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), di Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa, Kampung Gita, di sini, hari ini.

Program yang dirasmikan Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof itu melibatkan sekurang-kurangnya 300 peserta, terdiri daripada pengamal media, komuniti setempat dan belia serta komuniti Keluarga Malaysia.

Antara acara diadakan ialah berlari dalam guni, boling buah kelapa dan tendangan penalti.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan