Search
Close this search box.
Objek asing itu dihantar ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat TUDM semalam. Foto: IPD Sibu

Serpihan objek asing dihantar ke Kuala Lumpur untuk dianalisis

SIBU, 29 Jan: Satu objek asing dipercayai serpihan roket Long March 5b milik China yang ditemui di sebuah kebun persendirian di Batu 19 Sepudu, Pasai Siong pada 3 Disember lalu telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk dianalisis lebih lanjut di Jabatan Kimia, Petaling Jaya pada Jumaat.

Serpihan objek asing itu dipercayai serpihan roket Long March 5b milik China yang ditemui di sebuah kebun persendirian di Batu 19 Sepudu, Pasai Siong pada 3 Disember lalu. Foto: IPD Sibu

Serpihan objek tersebut telah dibawa dari Jabatan Kimia Sibu dengan menggunakan sebuah lori milik Polis DiRaja Malaysia (PFRM) ke Lapangan Terbang Sibu (LTS) pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, proses penghantaran yang diiringi oleh Unit Kereta Peronda (MPV) berjalan lancar dari Jabatan Kimia Sibu ke LTS pada jam 9.00 pagi itu.

“Pasukan Unit Peronda MPV IPD Sibu telah ditugaskan untuk mengiringi sebuah lori PDRM untuk menghantar objek asing yang menyerupai sejenis logam dari Jabatan kimia Sibu ke LTS,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. MOSTI sahkan serpihan roket China masuk ruang udara Sarawak
  2. 2. Agensi Angkasa Malaysia nasihat orang awam jangan alihkan serpihan roket
  3. 3. Serpihan dipercayai milik roket Long March 5B ditemui di Miri

Katanya, objek tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) untuk diterbangkan menggunakan pesawat TUDM sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk tujuan penganalisaan lanjut.

Rakaman kejadian yang pada mulanya disangkakan ‘kejadian meteor memasuki bumi’, telah disahkan oleh pihak MOSTI sebagai kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara Sarawak pada 31 Julai lalu. Foto: hanifDaslepzz (Twitter)

Terdahulu katanya, pihak polis bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Sg. Merah, Jabatan Kimia Sibu serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (Bintulu) telah pergi ke lokasi kejadian pada 3 Disember lalu dan menjumpai sekeping objek menyerupai logam berwarna kelabu berukuran panjang 24 kaki dan 1.5 kaki lebar dengan ketebalan setengah inci.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pihak Atom Malaysia ketika itu telah mengesahkan objek tersebut tidak mengeluarkan sebarang radiasi serta tiada unsur bahan radioaktif dikesan sama ada secara dedahan luaran mahupun kontaminasi pada objek tersebut

Menurut Zulkipli penghantaran objek asing tersebut ke Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar dan kes masih disiasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan