Search
Close this search box.
(Duduk dari empat kiri) ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, Presiden PSB, Datuk Sri Wong Soon Koh,Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep, Pengerusi PDP Dudong Kaunselor Teo Boon Siew dan ramai lagi merakamkan gambar selepas sidang media. Foto: TVS.

Malam Perpadauan Besar PDP-PSB, Sabtu ini

SIBU, 15 Ogos: Malam Perpadauan Besar Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) bakal diadakan pada Sabtu (19 Ogos) ini, di Hotel Kingwood di sini.

Presiden PSB, Datuk Sri Wong Soon Koh berkata majlis berkenaan diadakan bagi merealisasikan objektif kedua-dua parti berkenaan.

Menurutnya majlis tersebut menjangkakan seramai 2,000 kehadiran ahli daripada kedua-dua parti tersebut termasuk Presiden PDP, Dato Sri Tiong King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Ahli Parlimen Bintulu.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Henry Harry Jinep mengakui kedua-dua parti berkenaan sebulat suara mengadakan aktiviti bersama para penyokong parti akar umbi kedua-dua parti berkenaan.

Perkara itu katanya bertujuan untuk menghargai sokongan para penyokong PDP-PSB selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama di Kuala Lumpur pada 13 Julai lepas.

\
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep (tengah) ketika sidang media bersama Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh (kiri) dan Pengerusi PDP Dudong, Kaunselor Teo Boon Siew (kanan). Foto: TVS.

 

Setakat ini, kata Henry sokongan daripada penyokong bagi kedua-dua pihak dilihat positif malah kehadiran orang ramai ketika perjumpaan mereka di beberapa kawasan di bawah naungan PSB dan PDP dilihat amat memberangsangkan.

“Apa yang penting adalah kerjasama PDP dan PSB mesti diterima baik di peringkat akar umbi. Kita tidak boleh tergesa-gesa. Oleh sebab itu kita terus bergerak menuju kedua-dua kawasan agar kerjasama antara PDP dan PSB diterima baik dan difahami,” katanya.

Jelas Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak itu lagi, pihaknya berharap agar rakyat dan komponen parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat melihat gambaran yang lebih besar berkaitan kerjasama mereka.

Tegas beliau kolaborasi tersebut antara salah satu cara untuk mengurangkan ‘politiking’ namun ketika ditanya bagaimana cara pihak lain menilai kerjasama tersebut beliau menegaskan ia bergantung dengan pihak itu sendiri.

“Apabila PSB bersama kita, mereka adalah rakan. Jadi bagi saya ia tidak membahayakan mana-mana pihak kecuali mereka mempunyai objektif yang berbeza.

“Tapi jika objektif kita adalah sama iaitu perpaduan, maka kolaborasi ini adalah bagus untuk mana-mana parti dalam GPS sebab kita mahukan perpaduan.

“Oleh itu, kita akan lebih fokus kepada pembangunan bukan sahaja dalam kawasan kita malah kawasan di seluruh negeri,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat PDP Dudong di sini, hari ini.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan