Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep semasa sesi bergambar. Foto TVS

Institusi latihan perkapalan penuhi permintaan industri – Henry

MIRI, 27 April: Institusi latihan khusus di dalam pengajian perkapalan seperti Pelita Maslaut dilihat dapat meningkatkan kadar pembangunan keperluan industri perkapalan dan meningkat ekonomi penduduk.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata, pelbagai kursus disediakan untuk keperluan pelaut dalam bahagian dek atau enjin bagi memenuhi keperluan pelaut semasa untuk berkhidmat dalam bidang perkapalan.

“Saya amat berbesar hati kerana terdapatnya institusi latihan khusus di dalam Pengajian Perkapalan sama ada bahagian dek ataupun enjin kerana ia dapat meningkatkan kadar pembangunan Industri Perkapalan di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya sekali gus dapat menaik taraf pendapatan ekonomi para penduduk tempatan dengan menghantar anak-anak mereka atau menyertai sendiri kursus-kursus yang dijalankan di Pelita Maslaut Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Tamat Latihan Perantis Marin Dek Pelita Maslaut Miri Sdn Bhd hari ini.

Institusi latihan seperti ini juga memberi peluang kepada golongan muda yang ingin bekerja dalam bidang perkapalan untuk mempelopori minat dan kemahiran pelaut baharu.

Untuk menambah baik latihan mereka, Pelita Maslaut kini sedang membina sebuah kampus baharu yang dijangka siap pada pertengahan Jun tahun hadapan dan akan dilengkapi dengan infrastruktor yang boleh memuatkan seramai 400 orang pelatih dalam satu masa.

Melalui institusi ini, Henry melihat ini akan membantu Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pelaut tempatan disamping menampung permintaan Industri perkapalan sama ada di dalam mahupun di luar negeri.

Seramai 17 perantis marin dek menerima sijil pada majlis tersebut dengan dua sijil anugerah khas disampaikan iaitu Sijil Pelatih Terbaik kepada Al-Haqkim Furqan Ramzan dan Sijil Pelajar Harapan kepada Ting Seng Lawrence. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan