Search
Close this search box.
Datuk Henry Harry Jinep bersama tetamu yang hadir Rumah Terbuka Krismas anjurannya di Bau, hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

PDP sedia terima ahli PSB selagi tidak langgar Akta Anti Lompat Parti

BAU, 26 Dis: Parti Demokratik Progresif (PDP) sedia menerima penyertaan ahli baharu asalkan tidak melanggar Akta Anti Lompat Parti.

Timbalan Presidennya, Datuk Henry Harry Jinep berkata, mana-mana individu juga bebas memilih untuk menyertai parti politik tanpa halangan.

Kata beliau, sekiranya 80,000 ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) mahu menyertai PDP secara serentak, ia memerlukan kebenaran oleh Ahli Majlis Tertinggi parti itu tanpa perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

“Ini termaktub dalam perlembagaan parti yang memberi kuasa kepada Ahli Majlis Tertinggi PDP untuk membuat keputusan.

Nak kahwin jangan gelojoh, kata King Sing

“Setakat ini PDP mempunyai lebih 100,000 keahlian di Sarawak dan saya menerima baik sekiranya (kami) dapat tambah ahli baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas anjurannya di sini hari ini.

Henry Harry mengulas sekiranya PSB dibubarkan secara rasmi, anggotanya bebas memilih untuk menyertai parti selain PDP.

Mengulas lanjut mengenai 80,000 ahli PSB yang dijangka akan menyertai PDP, Henry Harry berkata, perkembangan itu sesuatu yang baik untuk Sarawak.

“Daripada terus bergaduh, lebih baik bersama kami membantu membangunkan Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan