Search
Close this search box.
Foto fail menunjukkan kemeriahan Bazar Gawai Dayak tahun lepas. Foto, TVS.

Bazar Gawai Dayak Sarawak dianjurkan skala besar tahun ini

ByYusuf Shukri

KUCHING, 9 Mei: Bazar Gawai Dayak Sarawak 2024 mensasarkan jualan lebih RM3 juta serta kehadiran sekitar 40,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata, sasaran itu dibuat kerana penganjuran tahun ini diadakan di tempat yang lebih luas iaitu MJC New Town Batu Kawa.

Jelas beliau, ini membolehkan penganjur mengadakan lebih banyak aktiviti dan persembahan berskala besar.

“Antara sebab utama kita memilih tempat baharu ini adalah kerana lokasinya juga lebih dekat dengan kaum Dayak yang menetap di MJC, Bau, Penrissen dan kawasan sekitar.

“Bazar Gawai Dayak Sarawak 2024 akan bermula pada 16 Mei hingga 26 Mei,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Tambah Henry Harry, bazar tahun ini akan menampilkan 180 gerai yang berkonsepkan medan selera dengan meja dan kerusi turut disediakan untuk pengunjung.

“Persetujuan dengan komuniti setempat juga telah dicapai di mana mereka akan memberi perkhidmatan untuk menjaga kebersihan kawasan bazar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penganjur juga akan menyediakan khemah bagi memastikan keselesaan pengunjung terutama jika hujan.

”Tahun ini kami membenarkan semua peniaga kecil dan sederhana untuk beroperasi bagi menjana tambahan pendapatan,” katanya.

Antara bazar yang akan dibuka termasuklah 45 gerai makanan dan minuman halal, 45 gerai makanan dan minuman tidak halal, 35 gerai kraf tangan serta pelbagai jenis gerai serta reruai yang menampilkan budaya etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Acara lain yang akan turut berlangsung termasuk Gawai Country Night, Gawai Idol 2024, Battle of the Band, Malam Gawai Etnik dan Sarawak Kids Got Talent. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS