Search
Close this search box.
Mohamad Duri ketika perbahasan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di persidangan DUN Sarawak pada Khamis. Foto TVS

‘Blackout’ di Saratok, penduduk mahu isu diselesaikan

ByShafik Ahmad

KUCHING, 9 Mei: Isu gangguan bekalan elektrik atau ‘blackout’ di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka perlu ditangani dalam kadar segera.

Masalah itu kata Mohamad Duri sering menjadi igauan ngeri sehingga menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkaitan khususnya Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membuat analisa mengenai isu yang dihadapi kawasan berkenaan.

“Untuk tujuan memastikan ‘Reliability of Supply’, saya menyarankan ‘switching personel’ yang bertanggungjawab untuk menukar fius yang terbakar tersebut mesti ditambah.

“Sebab jarak dari Saratok ke Kabong sejauh 52 kilometer yang mengambil masa selama satu jam,” kata ADUN Kalaka itu ketika perbahasan usul penghargaan ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di persidangan DUN Sarawak pada Khamis.

SEB juga dimohon untuk menambah kapasiti transformer, kadar fius serta membuat skim pengagihan seimbang.

Mohamad menegaskan bahawa tidak mahu gangguan bekalan elektrik terus menghantui penduduk kawasan itu setiap kali musim perayaan.

Dalam perbahasan sama, beliau turut mencadangkan agar sebuah klinik kesihatan jenis tiga atau lima diwujudkan di konstituensi itu.

Ia katanya bagi menampung keperluan kapasiti Hospital Saratok yang dilihat semakin sesak dan tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah pesakit luar yang semakin ramai.

“Terlalu banyak aduan yang telah diterima kerana masa menunggu giliran bermula dari jam 8 pagi hingga pukul 1 petang seperti yang diadukan oleh seorang ketua kaum pada minggu lepas.

“Ini satu petanda yang jelas betapa klinik kesihatan jenis lima atau jenis tiga sangat- sangat diperlukan dan diwujudkan di daerah Saratok,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS