Search
Close this search box.
Dr Simon Sanang Bada semasa persidangan DUN Sarawak, pada Khamis. Foto, TVS.

Tempatkan Tebedu Inland Port di bawah SPA

ByShafik Ahmad

KUCHING, 9 Mei: Tebedu Inland Port dicadang untuk diletakkan di bawah pengurusan Lembaga Pelabuhan Sarawak (SPA) bagi membantu dalam menyumbang kepada pendapatan negeri.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sanang Bada ketika perbahasan usul penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa persidangan DUN Sarawak, pada Khamis.

“Pada hari Selasa, 7 Mei 2024, kita telah meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Sarawak. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, di Tebedu kita ada Tebedu Inland Port.

“Saya mencadangkan agar Inland Port tersebut juga diselaraskan aktivitinya oleh SPA supaya dapat menjana pendapatan kepada kewangan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merayu agar isu pintu sempadan Tebedu-Entikong diselesaikan dengan pelaksanaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

Walaupun telah diluluskan dengan peruntukan RM100 juta pada 2021, namun katanya, belum ada perkembagan terkini mengenai naik taraf projek itu.

“Saya sekali lagi merayu agar perlaksanaan projek tersebut disegerakan supaya imej negara kita tidak tercalar dan kelihatan jauh ketinggalan dari negara jiran kita kerana Kompleks ICQS negara jiran kita adalah lebih canggih, lebih cantik, lebih mantap dan lebih baik dari ICQS Tebedu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS