Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep meninjau ruangan Pejabat Daerah Bau yang baharu di Bau, hari ini. Foto: TVS

Bangunan Pejabat Daerah Bau lama dijadikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

BAU, 7 Julai: Bangunan lama Pejabat Daerah Bau akan dijadikan sebagai Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Bau.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep ia bagi memudahkan urusan para ibu mengandung dan selepas bersalin menjalani pemeriksaan dengan lebih selesa.

“Mereka (KKIA Bau) akan berpindah dari hospital yang sesak ke Pejabat Daerah Bau lama untuk lebih selesa bagi para ibu yang datang ke klinik.

“Kedudukannya juga dekat dengan pasar, selain faktor pengangkutan yang selesa dari segi kawasan parkir, ini yang kita lakukan untuk memudahkan urusan rakyat terutama penduduk Bau,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan projek bangunan Pejabat Daerah Bau yang baharu di sini, hari ini.

Menurut Henry, pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berhubung proses pemindahan tersebut.

Pengoperasian semula KKIA di bangunan pejabat daerah lama itu boleh dilakukan dalam masa terdekat kerana ia telah dikosongkan.

“Ia hanya transisi jika mereka berpindah, kemudahan di pejabat lama itu masih dalam keadaan yang baik untuk digunakan termasuk perabot, pendingin hawa tidak ada masalah.

“Bangunan sahaja lama, tetapi ia masih berfungsi dengan baik, mereka sudah buat lawatan, terpulang kepada mereka untuk berpindah kerana secara tidak langsung ia akan mengurangkan kesesakan di hospital,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan