Search
Close this search box.
Suara menerusi persatuan lebih didengar berbanding suara individu, justeru pengusaha perahu tambang disaran menubuhkan persatuan agar mereka tidak ketinggalan menikmati pelbagai faedah. Foto: Akma Salleh (TVS)

Suara lebih didengar menerusi persatuan – Henry Jinep

ByAkma Salleh

KUCHING, 13 Dis: Suara menerusi persatuan lebih didengar berbanding suara individu, justeru pengusaha perahu tambang disaran menubuhkan persatuan agar mereka tidak ketinggalan menikmati pelbagai faedah.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata hanya melalui persatuan, pihak kerajaan, swasta dan agensi-agensi dapat menyalurkan sebarang bantuan.

“Seperti dalam ucapan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin tadi, beliau juga mencadangkan supaya mereka ini menubuhkan persatuan.

“Saya telah memohon Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk membantu mereka menubuhkan persatuan iaitu persatuan penambang warisan,” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Peralatan kepada peserta Projek Facelift Perahu Tambang Fasa 2 Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) di sini, hari ini.

Henry berkata lagi, ahli-ahli dapat berbincang mengenai pelbagai perkara menerusi persatuan demi kelangsungan usaha mengekalkan warisan dan kebudayaan yang melambangkan identiti bandar raya Kuching.

“Seperti yang ada di Bako mereka mempunyai persatuan, begitu juga di Mulu. Kerajaan boleh berhubung melalui persatuan jika hendak memberi sumbangan dan sebagainya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan