Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Pejabat Daerah Kuching di Majma Mall hari ini. Foto TVS

KPWKM tunggu laporan polis berhubung video pusat jagaan warga emas yang viral

KUCHING, 27 April: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menunggu laporan hasil siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mengambil tindakan selanjutnya terhadap pusat jagaan warga emas yang viral akibat kejadian seorang penghuninya yang dipukul.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mendapati premis berkenaan tidak berdaftar di bawah mereka dan ia merupakan pusat jagaan swasta.

Jelasnya, apabila hasil laporan siasatan pihak polis telah diterima kelak KPWKM akan mengambil tindakan untuk menutup premis tersebut sambil memberi amaran agar mana-mana premis serupa mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

Pukul warga emas di rumah kebajikan, dua diberkas

“Saya difahamkan JKM telah turun untuk menyiasat dan didapati tempat ini tidak berdaftar dengan kita ia swasta telah dilaporkan kepada pihak polis.

“Apabila sudah mendapat laporannya kita akan tutup tempat itu dan saya hendak mengingatkan kepada mereka yang menjalankan tugas-tugas di tempat seperti ini bahawa sekarang ini semua orang dapat lihat perbuatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Pejabat Daerah Kuching di Majma Mall di sini, hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi hampir satu minit memaparkan seorang wanita memukul seorang lelaki menggunakan kayu dipercayai berlaku di sebuah pusat jagaan warga emas di Taman Desa Aman, dekat sini.

Pihak polis telah menahan pemilik dan pembantu premis tersebut bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan