Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Pejabat Daerah Kuching di Majma Mall di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) masih belum dilaksanakan di Sarawak

ByTVS

KUCHING, 27 April: Sarawak masih belum lagi melaksanakan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) di mana-mana daerah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata konsep CBO itu memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana ianya bersifat tempatan.

“Masa ini, kita baru sahaja melancarkannya di empat (daerah) dan kaedah tersebut tidak boleh diguna pakai di daerah yang lain kerana ianya bersifat tempatan mengikut daerah sesuatu kawasan itu.

“Ia juga memerlukan kerjasama masyarakat setempat untuk menjayakannya, namun ini merupakan satu platform yang penting untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 Pejabat Daerah Kuching di Majma Mall di sini, hari ini.

Program CBO merupakan usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli komuniti sebagai rakan strategik menyantuni kumpulan sasar.

Tambahnya pada masa ini Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum turut banyak memainkan peranan dalam melaksanakan tugas mereka disamping berkerjasama dengan pejabat daerah serta Jabatan Kebajikan Malaysia di kawasan masing-masing.

Ujarnya lagi, mana-mana individu atau pihak yang ditindas, dianiaya dan memerlukan bantuan masih boleh menghubungi Talian Kasih 15999 KPWKM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan