Search
Close this search box.
Pelajar dari Bintulu ini teruja menunaikan kewajipanmya dengan mengundi hari ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: Chrystal pulang ke kampung demi mahu mengundi

BINTULU, 4 Nov: Keterujaan mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Kecil (DUN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak  hari ini, Chrystal Janita Christopher, 19, nekad pulang ke kampung halamanannya di sini bagi merasai pengalaman itu.

Menurut pelajar dari I-Systems College dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak berkata prosesnya membuang undi berjalan dengan lancar pagi tadi.

“Ini adalah kali pertama saya mengundi dan berterima kasih kepada petugas SPR kerana membimbing dan mengajar saya cara-cara mengundi tadi.

“Saya turun mengundi di sini kerana seruan dan kuasa yang diberikan kepada saya untuk memilih wakil rakyat baharu di kawasan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di SK Bintulu di sini hari ini.

Untuk rekod, seramai 6,567 pengundi dalam golongan belia layak mengundi pada PRK DUN Jepak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan