Search
Close this search box.
Nur Fatanah Abdullah (kanan) dan Sharifah Syazwani Wan Ilham ketika ditemui TVS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak, di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: Semangat wanita sarat hamil buang undi

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 4 Nov: Meskipun keadaan diri yang sarat hamil lapan bulan bukan alasan untuk seorang pengundi, Nur Fatanah Abdullah tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, hari ini.

Suri rumah berusia 27 tahun itu sanggup berjalan kaki dari kediamannya yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak bagi membuang undi.

“Ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk turun mengundi walaupun saya sekarang ini sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan.

“Lagipun proses buang undi ini tidak mengambil masa yang begitu lama, dan petugas di sini pun sentiasa membantu golongan macam saya ini, jadi saya sarankan kepada pengundi yang hamil seperti saya untuk turun menunaikan kewajipan,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Dia yang membuang undi di saluran lapan menyifatkan proses yang diambil untuk mengundi adalah pantas sekitar 10 minit sahaja.

Sementara itu, bagi Sharifah Syazwani Wan Ilham,24, pula, dirinya menyifatkan hari pengundian PRK Jepak merupakan masa terbaik bagi golongan belia untuk bersuara.

“Belia merupakan golongan yang akan mencorak generasi masa akan datang, jika belia tidak mengambil kisah mengenai hari pengundian, maka bagaimana suara kita hendak didengari pemimpin,” katanya.

Sehingga jam 1 tengah hari, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 37 peratus.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan