Search
Close this search box.
Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan skrol kepada salah seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah. Foto: TVS

3,897 graduan terima ijazah pada Konvokesyen UNIMAS ke-27

ByNur Suhaida Muliyono

KOTA SAMARAHAN, 6 Nov: Seramai 3,897 graduan menerima ijazah masing-masing pada Konvokesyen ke-27 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bermula hari ini hingga 9 November ini.

Pengisytiharan konvekesyen disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pro Canselor UNIMAS pada sidang pertama pagi tadi.

Sidang pertama hari ini melibatkan 543 orang graduan siswazah iaitu 64 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah, 454 orang penerima Ijazah Sarjana dan 25 orang graduan daripada Diploma Pascasiswazah Pendidikan UNIMAS yang dianugerahkan kepada staf akademik UNIMAS.

Sidang pertama turut meraikan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Global dari Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi dan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif dengan Kepujian (Animasi) dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, yang merupakan kumpulan pertama bagi kedua-dua jurusan tersebut.

Seramai 3,354 orang graduan lagi yang terdiri daripada graduan prasiswazah pula akan menerima ijazah masing-masing bermula Selasa hingga Khamis yang akan melibatkan sidang pagi dan petang.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan