Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (dua kiri) menyerahkan anugerah dan replika mock cek kepada pemenang Malaysia Teacher Prize iaitu, Muhammad Nazmi Rosli (kanan) pada Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Sime Darby Convention Center. Foto: Bernama

Cikgu Muhammad Nazmi dinobat pemenang Malaysia Teacher Prize 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Cikgu Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2023 sekali gus membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000 yang diumumkan di sini, semalam.

Muhammad Nazmi yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris dipilih sebagai pemenang kerana ikhtiarnya mendidik murid-murid di sekolah dengan membuat latihan simulasi bilik darjah, dengan anak muridnya  diperkenalkan kepada pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan hanya menggunakan bahan kitar semula.

Beliau yang sebagai pelopor Kelab Filpen (filem pendek) berkata, beliau juga memberi ruang kepada muridnya untuk mengekspresikan diri mereka melalui pembikinan filem pendek yang antaranya filem ‘Teether’ yang berjaya diterima ke festival filem Horror Unleashed di Portugal.

Mengulas mengenai kemenangannya, Muhammad Nazmi berkata, beliau sangat bersyukur kerana kegigihannya membuahkan hasil.

“Bagi saya, platform ini adalah peluang untuk bukan sahaja berkongsi kisah kehidupan seharian kita sebagai pendidik, tetapi juga untuk menyerlahkan akar umbi matlamat hidup kita, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah,” katanya.

Sementara itu, ketika sidang media majis itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited mengurangkan jurang pendidikan di pedalaman Sabah dan Sarawak dengan memberi fokus utama kepada sekolah daif.

Menurutnya, selaras dengan Belanjawan 2024, KPM akan memberi fokus untuk membina sekolah baharu di pedalaman dengan tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak.

“Kita nak keseimbangan itu (sekolah) berlaku dan bila kita bercakap dengan pembangunan kokurikulum dan pembangunan sahsiah ia termasuk juga dengan pembangunan-pembangunan infrastruktur,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan