Search
Close this search box.
Unifi TV di program TVS Prihatin di Gedong, Sabtu lalu. Foto: TVS

TM berhasrat perluas pasaran Unifi TV di Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Nov: Telekom Malaysia Berhad (TM) berhasrat memperluaskan pasaran Unifi TV di serata Sarawak melalui kerjasama yang dijalinkan dengan stesen penyiaran TVS.

Ketua Pengguna Sarawak Telekom Malaysia Bhd., Sharifah Bahiyah Wan Ibrahim berkata, pihaknya percaya melalui kerjasama dengan TVS, ia mampu meningkatkan kesedaran mengenai Unifi TV dalam kalangan komuniti setempat.

“Unifi TV kini bukan sahaja menawarkan pakej ‘fixed’ iaitu Home Package tetapi juga Mobile Package. Memandangkan TVS kini sudah berada dalam Unifi TV sejak 1 Oktober lalu, kami berpendapat ini adalah peluang promosi yang baik untuk kami. Ini kerana kami ingin lebih banyak pelanggan dari Sarawak dan kami percaya ramai orang Sarawak meminati TVS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Program TVS Prihatin di Gedong pada Sabtu.

TVS Prihatin merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan sempena ulang tahun ketiga penubuhan TVS.

Unifi TV merupakan antara pihak yang terlibat dalam program itu. Di program tersebut, Unifi TV mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat Gedong yang berminat untuk melanggan perkhidmatan tersebut.

Katanya, bagi program di Gedong pihak TM telah berjaya mempromosikan pakej yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakan pelanggan berminat untuk melanggan Unifi Mobile. Ini adalah petanda yang baik untuk kumpulan kami. Jadi kami akan buat susulan lanjut bersama penduduk Gedong nanti dan mungkin akan buat perbincangan dengan pihak kami sendiri untuk mengadakan program bulanan di Gedong,” jelas beliau.

Beliau turut menambah melalui program TVS Prihatin itu, pihaknya turut menerima banyak maklum balas dari pelanggan berpotensi yang berminat untuk melanggan Unifi TV.

“Meskipun perkhidmatan kami belum menembusi pasaran di kawasan tersebut, kami akan membuat tinjauan di kawasan itu dan Insya-Allah akan cuba untuk membawakan perkhidmatan kami di situ nanti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan