Search
Close this search box.
Beberapa kawasan di Jalan Foochow Kuching dijadual mengalami gangguan bekalan air bermula 9.30 pagi hari ini. Foto hiasan Envato.

1,000 penduduk di Limbang gelisah, dua minggu tiada air

LIMBANG, 12 Feb: Lebih 1,000 penduduk di 13 buah kampung sepanjang pesisir sungai Limbang kini dibelenggu kegelisahan selepas lebih dua minggu berdepan gangguan air luar jangka yang berlaku sejak penghujung Januari lepas.

Kegelisahan penduduk itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang mahu masalah itu diselesaikan segera sebelum tiba bulan Ramadan tidak lama lagi.

Jelas Dr Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) sudah diarah mengagihkan bekalan air bersih melalui lori tangki ke 13 buah kampung terjejas sejak tiga hari lepas.

Katanya, gangguan air tersebut berlaku akibat saluran paip air yang pecah di kawasan yang belum dapat dikenal pasti di kawasan itu menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada sumber air sungai berhampiran untuk meneruskan aktiviti seharian.

“LAKU sedang berusaha mencari punca kebocoran saluran paip dan memperbaikinya supaya bekalan air dapat disalurkan seperti biasa.

“Bagi penyelesaian jangka panjang kita berharap LAKU mencari peruntukan bagi mengganti secara keseluruhannya paip-paip air lama yang kita tahu keadaannya sudah tidak begitu kuat dan senang pecah,” katanya ketika ditemui media pada perlawanan akhir Liga Limbang 2023 di kompleks Sukan Limbang hari ini.

Katanya, bekalan air bersih sedang dihantar menggunakan lori tangki air ke kampung-kampung terjejas secara berperingkat sambil meminta penduduk bersabar dengan masalah yang berlaku.

Beliau turut menasihati penduduk yang bergantung dengan air sungai untuk lebih berhati-hati bagi mengelak insiden tidak diingini termasuk serangan buaya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Hadir sama ialah Residen Limbang, Yunus Tambi dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Frederick Lalung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan