Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia mampu menarik pelaburan dari negara Jerman, China dan Jepun. Foto hiasan, Envoto.

Parlimen: Graduan TVET Malaysia tarik pelaburan luar negara

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dihasilkan Malaysia mampu menarik kehadiran pelabur dari Jerman, China dan Jepun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelabur dari negara berkenaan juga datang ke sini dan mencadangkan kursus-kursus berkaitan bidang pelaburan yang ingin dilakukan di sini.

“Kerajaan bekerjasama dengan tiga negara itu untuk melihat program TVET yang ditawarkan mereka dan seterusnya program yang bakal dilaksanakan mempunyai kaitan dengan industri di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How ( Pakatan Harapan – Ipoh Timor ) yang bertanyakan sama ada konteks pengantarabangsaan TVET akan turut merangkumi institusi-institusi TVET di Malaysia.

Chuan How juga ingin tahu apakah syarikat-syarikat yang ingin menawarkan kelulusan dan pentauliahan di Malaysia dapat dihubungkan dengan City and Guilds of London Institute di United Kingdom dan sebagainya untuk mendapat pentauliahan merentasi negara.

Mengulas lanjut, Zambry memaklumkan program TVET negara akan besifat lebih terbuka dan fleksibel.

“Apa yang kita anjurkan pada hari ini ialah dengan membuka ruang supaya program-program pembelajaran berasaskan mikro, iaitu porgam yang dianjurkan bersama dengan industri berkaitan dan memperkenalkan kursus bersifat kelayakan mikro bagi membolehkan ada program-program yang tidak memerlukan satu tempoh yang panjang untuk dianjurkan.

“(Ini akan) memudahkan graduan untuk terus bekerja di sektor-sektor berkenaan,” katanya.

Zambry turut menjelaskan KPT juga meminta supaya kerajaan negeri khususnya yang mempunyai pelaburan tersendiri supaya mengadakan perbincangan dengan pihaknya.

“Ini bagi membolehkan kita dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang memohon pekerjaan di bidang-bidang tersebut,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan