Search
Close this search box.
Usaha pemindahan mangsa banjir di Jawa Tengah terus giat dilakukan oleh pihak berkuasa dan agensi terlibat. Foto TVS

9 maut, 2 lagi masih hilang akibat banjir di Jawa Tengah

ByTVS

JAKARTA, 19 Mac: Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala dua lagi masih hilang akibat banjir besar yang melanda beberapa bandar di Jawa Tengah.

Banjir yang berlaku minggu lalu masih berlarutan sehingga kini menyebabkan lapan bandar iaitu Grobogon, Pati, Kudus, Jepara, Demak, Kendal, Pekalongan, dan Semarang dinaiki air.

Berdasarkan laporan terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), banjir itu menyebabkan lebih 434,885 orang terjejas manakala semua yang maut akibat lemas termasuk terkena renjatan elektrik manakala pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih mencari mereka yang hilang.

Menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan petang ini, pihaknya terus berusaha menangani banjir besar yang berlaku bagi mengelak lebih banyak mangsa yang terkorban.

“Fokus utama kami adalah melaksanakan pemindahan bagi memastikan keselamatan penduduk terjejas bagi mengelak mangsa banjir ini, kerana ini kami turut melibatkan tentera, polis, sukarelawan, dan semua agensi yang terlibat bagi mempercepatkan pemindahan mangsa mereka yang perlu diselamatkan,” katanya.

Abdul turut mendedahkan, selain cuaca ekstrem dan hujan berintensiti tinggi yang berlaku, kerosakan benteng empangan di beberapa anak sungai menyebabkan banjir terus merebak kali ini.

Atas sebab itu, usaha membaiki benteng yang musnah giat dijalankan walaupun mengambil masa.

Sementara itu, operasi Teknologi Pengubahsuaian Cuaca (TMC) turut dijalankan bagi mengurangkan taburan hujan di situ. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan