Search
Close this search box.
Projek Tamu Desa akan dilaksanakan dengan kerjasama UDA Holdings sebagai agensi pelaksana. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: KUSKOP laksana Projek Tamu Desa di Sabah, Sarawak

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 2 April: Projek Tamu Desa di Sabah dan Sarawak merupakan antara inisiatif baharu yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada tahun ini.

Timbalan Menteri di KUSKOP, Datuk R.Ramanan berkata, projek berkenaan membabitkan kerjasama pihaknya dengan UDA Holdings sebagai agensi pelaksana.

“(Projek ini bertujuan untuk) membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur keusahawanan di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak,” katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Michael Mujah Lihan yang ingin tahu program yang dirangka oleh kementerian untuk menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi bidang keusahawanan pada sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, KUSKOP juga akan melaksanakan inisiatif Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dengan akan mengambil tindakan intervensi bagi membangunkan produk yang merangkumi aspek pembangunan, pembungkusan, promosi, pensijilan, pembelian mesin, membina atau menaik taraf fasiliti sehingga sesuatu produk dikomersialkan.

“(Selain itu) pelbagai program telah dirangka oleh KUSKOP pada tahun ini bagi menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi bidang keusahawanan selain menyediakan skim pembiayaan untuk usahawan mikro dan informal di kawasan luar bandar,” katanya.

Berkenaan skim berkenaan, Ramanan menjelaskan, ia disediakan melalui agensi-agensinya seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank dan Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS).

Pada masa sama jelasnya kementerian juga melaksanakan pelbagai program bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) kepada usahawan luar bandar seperti Kursus Asas Keusahawan (KAK), Kursus Asas Industri, Program Bimbingan Usahawan Permulaan (STC) dan Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS.

“Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) telah dilaksanakan di bawah SME Corp bagi menyediakan bantuan pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan perniagaan dan khidmat nasihat kepada bakal usahawan belia Bumiputera yang berumur 18 hingga 30 tahun termasuk belia luar bandar,” katanya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan