Search
Close this search box.
Polis tengah menjalankan siasatan ke atas sebuah bas yang mengalami kemalangan di laluan kilometer 370 lebuh raya Batang, Semarang, Jawa Tengah semalam. Foto NTMC Polri

Pemandu ‘microsleep’, 7 maut kemalangan bas di Jawa Tengah

ByTVS

JAKARTA, 12 April: Tujuh maut manakala 13 lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan bas membawa 34 penumpang yang ingin pulang ke kampung di laluan kilometer 370 lebuh raya Batang, Semarang, Jawa Tengah semalam.

Menurut Ketua Koordinator Trafik Polis Negara, Aan Sukanan, berdasarkan siasatan awal ke atas pemandu bas itu, dia terlalu letih sehingga disyaki memandu cuai mengakibatkan kemalangan.

“Selepas berjaya memindahkan kesemua mangsa, pasukan kami menjalankan siasatan awal dan mendapati fakta atas alasan tiada tanda-tanda brek, kemudian keterangan pemandu bas menyatakan dia penat sejak awal sehingga kemungkinan pemandu mengalami ‘microsleep’,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tetap akan menjalankan siasatan lebih terperinci di tempat kejadian bagi mendedahkan punca kemalangan.

Usaha mengenal pasti oleh jabatan forensik juga sedang dijalankan kerana empat mangsa telah dikenal pasti, manakala tiga lainnya masih dalam proses pengesanan lanjut, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan.

Pelbagai usaha mengurangkan kemalangan yang menyebabkan mangsa maut juga telah dilakukan oleh Pusat Pengurusan Trafik Polis Indonesia (NTMC Polri) setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan