Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Snowdan Lawan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Syarikat penerbangan sendiri mampu stabilkan harga tiket

ByYusuf Shukri

KUCHING, 12 April: Harga tiket penerbangan sangat bergantung kepada kuasa pasaran yang selalunya berubah ekoran musim cuti sekolah ataupun perayaan.

Dengan adanya syarikat penerbangan milik Sarawak sepenuhnya, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia dapat menstabilkan harga tiket penerbangan ke negeri ini.

Bukan itu sahaja, kata beliau, ia akan memudahkan lagi pembangunan industri pelancongan di mana acara seperti festival, konsert dan sebagainya akan mendapat sambutan yang lebih baik, tidak kira daripada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Kementerian kita mempunyai dana yang mencukupi untuk mengadakan banyak acara, sama ada ia berunsur kebudayaan, sukan, makanan dan sebagainya. Dahulu, kita tidak ada kemudahan ini dan kita bergantung kepada pelancong domestik untuk menjayakan acara di sini.

“Sekarang anda boleh lihat Sarawak semakin mendapat perhatian antarabangsa sehingga banyak pihak yang mahu turut serta dalam acara ikonik seperti Rainforest World Music Festival (RWMF) dan Dragon Boat Intenational Regatta Festival,” katanya kepada TVS di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Karim tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa festival Sarawak mungkin akan dipanjangkan ke lokasi lain untuk menampung lebih ramai lagi pengunjung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan