Search
Close this search box.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah memilih negeri Johor sebagai lokasi bagi penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2024 peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung pada 21 hingga 26 Mei ini. Foto Aaron Ago Dagang (FB)

Sambutan Minggu Perpaduan 2024: Johor tuan rumah, pada 21-26 Mei ini

ByKimberly Dickson

KUCHING, 19 April: Johor dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2024 Peringkat Kebangsaan pada 21 hingga 26 Mei ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang optimis SMP akan menjadi wadah perpaduan dan tapak integrasi baharu yang berlandaskan pendekatan terpilih serta berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan.

“Kebersamaan dalam pelbagai aktiviti interaksi sosial merentasi kaum dan generasi dapat merapatkan jurang yang wujud dan membentuk setiap individu yang dapat memahami, menghormati serta meraikan kepelbagaian di negara ini,” jelasnya menerusi kenyataan hari ini.

Aaron dalam pada itu, menggalakkan semua kementerian, agensi Kerajaan, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan sekolah untuk menganjurkan program berunsurkan perpaduan dan kenegaraan di premis masing-masing dengan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Pada tahun ini menurut Aaron, kementerian turut mengambil langkah untuk menganjurkan siri Jelajah Kembara Perpaduan dengan menjadikan Sabah sebagai lokasi pertama jelajahnya bersama-sama dengan Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan.

Jelajah Kembara Perpaduan merupakan pergerakan simbolik yang bermula dari Sabah menuju ke enam negeri melalui perjalanan kapsul bagi mengumpul Hasrat dan Harapan Rakyat Malaysia terhadap kepimpinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan.

Hasil tersebut akan dipersembahkan dan diserahkan ketika Majlis Perasmian SMP 2024 Peringkat Kebangsaan.

Sementara itu, siri jelajah seterusnya akan diadakan pada ketetapan berikut:

– 21 April 2024 (Ahad) – Sarawak
– 2 – 4 Mei 2024 (Khamis – Sabtu) – Terengganu
– 11 – 12 Mei 2024 (Sabtu) – Pulau Pinang
– 17 – 19 Mei 2024 (Jumaat – Ahad) – Negeri Sembilan

Kementerian berharap agar SMP dan Jelajah Kembara Perpaduan dapat menyemarakkan semangat patriotik, taat setia dan perasaan cintakan negara dengan memahami dan menghayati Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab, bertoleransi serta mempunyai jati diri yang kukuh.

Untuk rekod, SMP merupakan satu landasan utama bagi program-program yang bervariasi di bawah inisiatif utama Kembara Perpaduan.

Program ini merangkumi tiga kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan, dan Komuniti Rahmah, dengan matlamat untuk membina sebuah Malaysia MADANI yang kukuh dan bersatu padu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan