Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, semasa sesi bergambar. Foto TVS

Bangunkan semula Kampung Dagang, peringati legasi Allahyarham Tun Taib

MIRI, 20 April: Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni mencadangkan kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) atau mana-mana agensi berkaitan untuk membangunkan semula Kampung Dagang di sini.

Menurutnya, usaha itu bagi memperingati legasi bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berasal dari kampung tersebut.

“Kalau kita kaji sejarah, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud lahir di Miri dan sebahagian asas kehidupannya berasal dari Kampung Dagang. Kalau boleh kita bangun atau pasang semula Kampung Dagang Miri supaya kita ingat bahawa di sana pemimpin hebat kita dilahirkan.

“Bukan untuk kita menuntut tanah Kampung Dagang kerana tanah di sana kita tak dapat tuntut kerana penduduknya telah di tempatkan di kawasan lebih baik. Tetapi sekurang-kurangnya ada khazanah sejarah kita di Kampung Dagang kerana di situ pemimpin dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tahlil Perdana, Doa Selamat Serta Berambeh Aidilfitri di Wisma Melanau Miri pada Sabtu.

Pembangunan semula kampung tersebut katanya, akan membolehkan generasi akan datang mengetahui seterusnya mengingati tempat kelahiran Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud dan pemimpin-pemimpin lain yang membawa kepada asas penubuhan Bandaraya Miri masa kini.

Pada masa yang sama Lukanisman turut menyifatkan kampung tersebut mempunyai potensi sebagai tempat pelancongan untuk dilawat di Miri yang merupakan antara kawasan khazanah sejarah pemimpin terdahulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan