Search
Close this search box.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan mesyuarat mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk serangan Iran terhadap Israel yang baru-baru ini, di ibu pejabat PBB di New York City pada 14 April 2024. Foto fail AFP

Konflik Iran-Israel jadikan pemimpin dunia lebih berhati-hati – Dr Shafina

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 April: Konflik Iran-Israel yang memuncak sejak minggu lalu membuatkan masyarakat dunia lebih berhati-hati, terutamanya di kalangan pemimpin-pemimpin dunia, kata Penyelaras Program Hubungan Antarabangsa, Dr Shafina Tantiana Zulkipli.

Katanya, kemelut yang berlaku di timur tengah itu telah menyebabkan harga minyak mula melonjak, selain saham global yang telah terkesan di rantau tersebut.

“Potensi konflik yang lebih meluas di rantau pengeluar minyak utama ini boleh mengganggu bekalan tenaga, tidak kiralah sama ada aspek ‘crude oil’ataupun gas yang kemudiannya saya boleh melihat perkara itu akan memberi kesan kepada ekonomi global,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurutnya lagi, ketegangan konflik di rantau tersebut secara langsung boleh mendorong kepada krisis geopolitik.

“Misalnya, sejurus serangan yang dilakukan oleh Iran, para penganalisis ekonomi dunia menjangkakan kenaikan harga minyak yang memberi kesan terutamanya kepada Amerika Syarikat yang kini ekonominya berada dalam keadaan inflasi.

“Maka sekiranya peperangan ini berlarutan di rantau timur tengah ini, maka tidak mustahil akan meletakkan Amerika Syarikat dalam keadaan inflasi untuk jangka masa yang lebih panjang,” katanya lagi.

Katanya, sebarang tindak balas yang dilakukan Israel terhadap Iran hanya akan membawa kesan yang lebih buruk kepada ekonomi dunia.

Terdahulu ruang udara Israel dihujani lebih 200 dron, peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Iran pada pada 14 April lalu.

Iran sebelum ini telah berikrar akan membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang telah membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan