Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi bercakap selepas Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto TVS

Lokasi sesuai tempatkan IMO sedang dikenal pasti, seorang ketua pegawai bantu mengurus

KUCHING, 21 April: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk menempatkan Pejabat Pengurusan Bersepadu (IMO) yang menguruskan proses penubuhan dan penggabungan tiga agensi air di Sarawak dengan seorang ketua pegawai untuk menguruskan perkara tersebut sudah dikenal pasti

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, IMO hanya memerlukan pejabat yang kecil bagi menjalankan proses tersebut dan ia boleh ditempatkan di kementerian itu.

“Boleh letak di kementerian saya, jadi kita sedang mengenal pasti seperti lokasi pejabatnya kemungkinan juga di pejabat kementerian. Jadi kerana ia hanya pejabat kecil jadi tidak perlu memerlukan pejabat yang lebih besar kerana tugas IMO itu hanya untuk menjalankan proses operasi kecil,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Penggabungan pengurusan bekalan air itu hanya melibatkan tiga agensi iaitu Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (LAS) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) l manakala Jabatan Bekalan Air Luar Bandar belum digabungkan dengan tiga pihak berkuasa bekalan air tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata,Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah memulakan langkah awal dalam menjalankan tugas seperti syarat-syarat yang digariskan di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan 2023) terutama aktiviti dalam bidang minyak dan gas.

“Kita bersama pihak PETROS sudah memberikan notis bertulis kepada 32 pemain industri bagi memberi penerangan berkenaan mengenai semua urusan berkaitan perkara tersebut. Notis tersebut bagi meminta, semua pemain industri untuk bekerjasama dengan pihak PETROS yang telah dilantik sebagai agregator tunggal oleh Kerajaan Sarawak yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

“Ia adalah satu kewajiban kerana ini adalah undang-undang negeri kita dan mana-mana yang tidak mematuhi undang-undang yang kita perlu maka mereka tidak dibenarkan.Maknanya mereka mesti disyaratkan mendapat lesen daripada Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan perlu bekerjasama dengan PETROS kerana ia telah dilantik oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Tambahnya, pendekatan yang dilakukan bersama pemain industri itu ketika ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada mereka.

“Perkara tersebut penting kerana PETROS telah diberikan mandat dan tanggungjawab untuk mengumpul gas asli, menyimpan, mengedar seterusnya menentu harga pasaran bagi gas asli di seluruh Sarawak,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan