Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki ditemukan terdampar dalam keadaan meniarap di tebing sungai Kuala Baram di Miri. Foto JBPM Sarawak

Mayat tanpa tangan dan kaki dengan kesan gigitan buaya ditemukan terdampar

BySafri Ali

MIRI, 21 April: Mayat seorang lelaki tanpa kedua-belah tangan dan kaki ditemukan dalam keadaan meniarap di tebing sungai Kuala Baram di sini, petang tadi, malah terdapat kesan gigitan buaya di muka dan belakang badan mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.29 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 60 tahun terdampar di tebing sungai itu.

“Pihak bomba mengambil mayat berkenaan dibawa ke dalam bot bomba untuk diserahkan kepada pihak polis dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tamat pada jam 6.20 petang. – TVS

Tags: Buaya, mayat, Miri

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan