Search
Close this search box.
Operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di Kampung Bangkong Asal, Pantu, di sini, petang semalam sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk.Foto, JBPM Sarawak.

SAR hari pertama lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Pantu gagal temui petunjuk

SRI AMAN, 13 Mei: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Bangkong Asal, Pantu petang semalam belum menemui sebarang petunjuk.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi hari ini bermula 9 pagi tadi setelah perbincangan membabitkan anggota polis, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 20 orang penduduk kampung.

“Pasukan SAR dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama seramai lapan orang melakukan pencarian di kawasan air menggunakan bot.

“Kumpulan kedua seramai 12 orang diketuai oleh Penolang Penguasa Bomba Muhammad Adam dan kumpulan ketiga seramai 10 melakukan pencarian di kawasan tebing sungai,” jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian 5 petang semalam, mangsa dikenali Lawrence Adi Raynold ,32, dikhuatiri disambar buaya ketika menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong bersama tiga rakannya.

Jelas PGO, pasukan SAR turut melakukan pencarian dengan teknik pencarian di permukaan air di kawasan tebing sungai.

“Pada sebelah petang ini pencarian dilakukan di kawasan sungai menggunakan tiga unit bot penduduk kampung di sepanjang Sungai Semeruang selain di kawasan daratan dalam radius dua kilometer.

“Operasi SAR hari pertama ditangguhkan pada 5.35 petang ini dan akan disambung semula esok,” tambah kenyataan itu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan