Search
Close this search box.
Mangsa yang juga guru bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu didakwa ditumbuk dan disepak suspek. Foto hiasan Envato

Polis kesan guru lelaki pukul rakan

ByBernama

CHUKAI, 21 April: Polis sedang mengesan seorang guru lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Kemaman hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang juga guru bahasa Inggeris berusia 32 tahun itu didakwa ditumbuk dan disepak suspek di kantin sekolah kira-kira 6.55 pagi tadi.

Beliau berkata, susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Air Putih dekat sini pada 8.20 pagi.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa lebam pada mata kiri. Polis kini memburu suspek yang berusia 49 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan