Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennesse. Foto tular laman X

AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis

ByBernama

MOSCOW, 21 April: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennesse, lapor Sputnik yang memetik Jabatan Polis Memphis, pada Ahad.

“Pada 7.19 malam (Sabtu, 00:00 GMT pada Ahad) , pegawai bergegas ke Blok 2400  Lebuh Carnes mengenai tembakan. Pegawai menemukan lima mangsa dengan luka tembakan di lokasi, tiga daripada mereka dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal, dan dua lelaki  sudah meninggal dunia,”kata polis di laman X.

Sejumlah enam orang cedera dalam kejadian tembakan itu dengan seorang daripada mereka masih dalam keadaan kritikal, kata polis.

Insiden itu berlaku dalam sebuah parti blok yang tidak mempunyai permit, kata polis sambil menambah antara 200 hingga 300 orang menghadiri parti itu. -TVS

Tags: AS, maut, tembakan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan