Search
Close this search box.
Sebanyak lima buah kelas musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan, Changlun hari ini. Foto JBPM Kedah

Lima kelas SK Felda Laka Selatan musnah terbakar

ByTVS

KUBANG PASU, 21 April: Lima buah kelas di tingkat tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Laka Selatan, Changlun di sini, dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas sesi persekolahan apabila kesemua murid telah pulang ke rumah.

Komander Operasi Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.09 petang sebelum pasukan bomba bergegas ke lokasi.

“Api telah merebak ke bumbung di tingkat tiga sekolah itu yang mengakibatkan kemusnahan kira-kira 70 peratus.

“Seramai 18 anggota bomba ditugaskan dalam operasi itu sebelum api berjaya dikawal pada pukul 3.40 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Operasi turut melibatkan pasukan dari BBP Arau, Perlis serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Changlun dan PBS Padang Sera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan