Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menyantuni tetamu pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau. Foto Alex Teo (TVS)

Kerajaan Sarawak dahului biaya bina sekolah di Sebuyau, tuntut dari Persekutuan kemudian – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

SEBUYAU, 27 April: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mendahului pembiayaan bagi projek pembinaan sekolah di sini sementara menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembiayaan dengan tujuan mempercepat pelaksanaan projek sekolah daif ini melibatkan kos antara RM50 hingga 60 juta termasuk dua lagi sekolah di Gedong dan Simunjan.

Sarawak guna dana sendiri bina sekolah di Sebuyau.

“Saya sudah minta Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan untuk melaksanakan sekolah ini selepas itu kita akan ‘claim’ (tuntut) semula,” katanya ketika pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau, di sini, hari ini.

Abang Johari menambah mekanisme pembiayaan dahulu bayar kemudian ini dapat dilaksanakan menerusi dana Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) yang ditubuhkan kerajaan negeri bagi mengurus projek besar seperti sekolah di Sebuyau ini.

Terdahulu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau memohon pertimbangan Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih pembiayaan bagi pembinaan sekolah menengah baharu di Sebuyau yang telah diluluskan tapaknya oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Namun kata beliau, sekolah gantian yang sudah mempunyai 1,000 pelajar tersebut masih menunggu tindakan lanjut daripada Kementerian Pendidikan.

“Namun ia nya telah terlalu lama kita menunggu sekolah tersebut.

“Saya telah memohon kepada Premier Sarawak untuk mempertimbangkan pengambilalihan pembinaan SMK Sebuyau baharu ditapak baharu itu yang ada pada hari ini,” ujarnya.

Majlis pada Syawal ke-18 hari ini turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, bersama lebih 3,000 jemputan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan duit raya daripada dana wakalah Lembaga Tabung Haji kepada 50 anak yatim dan asnaf dari Daerah Sebuyau.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat, Ahli Parlimen Batang Lupar Shafizan Kepli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. – TVS

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan