Search
Close this search box.
Sebahagian atlet renang Kelantan yang menyertai kejohanan di Kuala Lumpur sebagai persiapan bertanding SUKMA Sarawak 2024. Foto Majlis Sukan Negeri Kelantan

Kelantan sasar 22 pingat emas pada SUKMA di Sarawak

ByBernama

KOTA BHARU, 28 April: Kontinjen Kelantan menyasarkan 22 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Zamakhshari Muhamad berkata selain itu, 10 perak dan 27 gangsa turut disasarkan kontinjen berkenaan.

“Kita akan menyertai 31 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada SUKMA kali ini dengan menghantar seramai 472 atlet,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kerajaan Kelantan optimis untuk memperbaiki kedudukan negeri pada SUKMA kali ini berbanding sebelum ini iaitu berada di kedudukan dua tercorot pada temasya di Kuala Lumpur.

Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur kontinjen Kelantan menyasarkan 13 pingat emas dan hanya memperoleh tiga emas, lapan perak dan 21 gangsa serta berada di kedudukan ke 14 daripada 15 negeri yang bertanding.

Zamakhshari berkata ketika ini persatuan sukan yang dipertanggungjawabkan pada temasya terbabit giat melakukan latihan dan persiapan atlet.
“Sasaran dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet menerusi beberapa kejohanan yang mereka sertai sebelum ini, malah persiapan atlet juga dilakukan sejak awal tahun.

“Saya berharap sasaran dapat dicapai dengan kerjasama dan kesungguhan Majlis Sukan Negeri Kelantan, persatuan sukan dan atlet,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan